dalam selak rawak mushaf suci, Allah temukan aku ayat ini;
"Allah mempergantikan malam dan siang. Sungguh pada yang demikian itu, pasti terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai penglihatan (yang tajam)" (An-Nur : 44)
untuk setiap tadabbur manusia atas kalam Allah, pelbagai renungan dan sudut pandang berbeza mampu terhasil. berbeza bagi setiap manusia dan situasi.
--
untuk aku dan situasi aku saat ini;
sebagai teguran atas lekanya saat siang, menggadai manfaat malam dan seisinya
-untuk aku yang tidak punya 'penglihatan'
tersentak atas pencerahan Tuhan dalam halus Dia beri
aku melewakan waktu siang, mengabaikan masa terluang
dalam sedar untuk memperbaiki diri setiap hari, aku tidak mandiri, tidak proaktif
gagal atas diri sendiri
lalu untuk setiap malam yang menjelma, jadi sebal sama diri
mengharapkan agar kuat bangkit menyesali perilaku setiap hari, gagal lagi
agaknya, mana yang perlu dimulakan dulu? kuat diwaktu malam agar dapat memulakan pagi yang baru dengan azam yang menggunung, atau mandiri dan proaktif di waktu siang biar saat malam menjelma, termanfaat waktunya seperti termanfaat siangnya
hmmm...
seiring mungkin. maka, cubalah miliki 'penglihatan' itu
setajam beliung!
--cuba pula jumpa ayat ini saat sedih
pasti sudut pandang bakal jadi berbeza
kan?
masyaAllah!
rise and say alhamdulillah for a new day
&
shine to make yourself beneficial for others
mownink peeps!
mutabaah tambahan untuk hari ini, kutip sekurang-kurangnya satu sampah ^^v
1 comment:
Bermula lah siang atau mlm... bermula dgn diri kita. nice entry ♥ -k.laili
Post a Comment