0908

بسم الله الرحمن الرحيم


i.

hujan membasahi dataran tandus
keretapi memecut melawan arus
sunyi, tenang--
dalam suramnya langit mendung
turun rahmat menyubur isi bumi
renyai, perlahan --
takut-takut kau bakalan tergelincir

awas!
air juga licik melayan isi bumi


ii.

tiada lagi alunan kalam suci memecah hening subuh
dakwat mengering selari kecutnya jiwa
darah membeku;
bagai mayat hidup--
terkebil-kebil mencari cahaya
dia di hujung lorong

Jalan Mati

--
dalam setiap gelap pekat arah kita tuju
hilang arah meraba mencari petunjuk--

usahakan mencari cahaya
mungkin dikanan saat memandang kekiri
mungkin dikiri saat menoleh kekanan
mungkin dibelakang saat mara kencang
mungkin dihadapan saat patah harapan untuk terus melangkah
mungkin di bawah saat mencaci Tuhan di langit
atau mungkin diatas saat tak mampu lagi untuk berharap

cahaya ada dimana-mana buat mereka yang benar-benar mencari


- -

IIUM dilimpahi rahmat lagi.
Moga Allah selamatkan kami
daripada dugaan kecil semalam.

hujan tak pernah membenci bumi dan seisinya.
hanya kita yang tidak mengenal erti bersyukur.


8 comments:

ismisyahida. said...

peh peh.
hilang kata, saya.

:)

Unknown said...

errr...
mengapakah hilang kata pulak akakkk...

:-*

nusrah said...

sometimes, there are some words that we cant respond by the other words. we only can respond it with a smile. but unfortunately the writer couldn't see it.

i hope u can see my smile by your heart..


Unknown said...

kak tiya

indeed. the feeling that only 'us' could feel. those who could read between the line :)

InsyaAllah akak
whenever I think of you, the smile will be the first thing that come in mind.
miss you akak :-*

Unknown said...

Assalamualaikum. :)
Quote:-
"cahaya ada dimana-mana buat mereka yang benar-benar mencari"

macam mana kalau kita tak pasti apa yang sedang dicari-cari itu?

Terima kasih.

Unknown said...

Zulaikha;

waalaikumussalam :)

pada pendapat saya, dalam mencari sesuatu yang kita tidak pasti itu, perlu masa lebih lagi dengan Allah. kerana pada Dia tersimpan segala rahsia. mohon Dia pandu kita kearah cahaya yang kita cari-cari. ^^

saya yakin jawapannya Allah simpan dalam diri kita. doa kunci penting minta Allah bagi klu dimana letaknya.

salam ukhwah, zulaikha :)
dalam persoalan itu, mencerminkan diri saya juga. terkadang tak pasti apa yang dicari-cari sebenarnya.
lalu, buat diri berfikir untuk menjawab. kiranya jawapan ni, memang ditujukan buat diri sendiri lebihnya.
jazakillah kheir awak sudi bertanya ^^

*oh maaf. bila diminta untuk mengulas tetang sesuatu hal, pasti akan jadi panjang. serupa buat entry baru. -.-"

Unknown said...

Terima kasih kak. Kita baru umur 19++. InsyaAllah 20, August nee. Sebab tu, panggil saudari, kak. Tak apa kan?

Maksudnya, perlu lebih banyak berdoa dan berusaha dekatkan diri dengan Allah?

Tapi. Kadang-kadang rasa kerdil. Tengok manusia lain berjaya berhijrah tapi kita masih terkapai-kapai, keseorangan. Nak bangun tapi macam kena tolak lagi ke bawah. Rasa bersalah. Rasa berdosa.

Unknown said...

oh. okei. akak. phew~ ;)

emmm...
sbnrnya dah tulis agak panjang. cuma lebih manis talk in private kut kan.
mind adding me on fb? email alyaa_blazt@yahoo.com
^^