"jasad fizikal kita mungkin tidak terasa dengan dosa. tetapi hati, roh, dan jiwa kita terseksa"
"ya Allah, janganlah Kau biarkan kami alpa tentang nilai hidup ini, hingga hanya mampu tercelik selepas mati, bahawa tiada lagi peluang amal. tiada lagi peluang menyelamatkan diri"
"ketika jawapan dianggap alasan, penjelasan dianggap menegakkan benang yang basah, diamlah, biarpun diam dianggap mengalah"
"didiklah manusia disekitarmu agar menilai dirimu sama seperti Tuhan menilaimu"
"kita bukan hidup untuk hidup. kita hidup untuk mati. dan kita mati untuk kehidupan yang kekal abadi"
-di Hamparan Shamrock kuseru NamaMu
***
seperti basahnya tulisan ostadh Salim yang pada setiap patah kata tersembunyi panah yang mampu menusuk dada
-dalam sekali
tidak kurangnya karya ustaz Hasrizal yang penuh dengan pengalaman berharga
MasyaAllah. pada umur semuda 26tahun telah dilantik sebagai seorang imam di masjid Belfast. :')
terlalu banyak mehnah serta dugaan yang telah beliau tempuh
sungguh, tidaklah Allah menguji hambaNya kecuali sesuai kemampuan yang boleh dipikul
No comments:
Post a Comment