بسم الله الرحمن الرحيم
aku mahu lihat--
berapa laju jari bisa menari atas papan kekunci
menzahirkan limpah rasa dari hati
yang aku khuatir sepi menyendiri
tak aku layan-i
;
sebal--
aku tahu aku gampang saja futur
aku mohon menangis teresak bersujud
kata aku;
-ya Allah, kuatkan aku saat aku lemah
-ya Tuhan, pegang imanku hatiku perilakuku
-ya Rabb, bimbing aku ke jalan yang Engkau redhai
masih--
selesai sejadah dilipat
usai tadahan tangan mengusap muka
saat air mata mengering
permohonan terhenti tamat kewajipan menghadap Illah
selalunya begitu-
masih-kan?
aku tanya
bila saja aku-kita benar
benar berusaha mencapai
apa yang dimahukan?
keduniaan
; iPod baru
; jam baru
; buku baru
; baju baru
mudah saja-kan
duit aku-kita kumpul sekat perut tahan lapar makan mi segera, darurat shopping hang-out infaq, jual unused stuff surat khabar tin kosong buku teks pakaian, berniaga kek craft dan segala skills yang aku-kita ada semua berguna waktu itu- tiba tiba semua bakat datang
mudah-kan
MUDAH-KAN?
cuba lah
walau sekali aku-kita
mudah kan usaha
berubah walau untuk 1 azam yang di
semat senarai pahat-
dalam hati, atas kertas
sekuat usaha di → atas
dan azam aku
untuk mudah-kan;
perhabis 2 buku sekurang-kurangnya
waktu cuti yang berbaki 2 minggu 5 hari
-ingatkan, aku
--
dan ini
entah yang keberapa kali -entah
aku coretkan
perkara yang sama
-sama
; entry beberapa puluh menit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
doakan akak dalam doamu, sayang :)
kak umairah
insyaAllah, akak
doakan saya juga, akak qawiy yang disayangi :')
May Allah ease :)
siskahaidan;
insyaAllah, my dear :)
jazakillah kheir.
Alyaa; ana dah jumpa kamu! Alhamdulillah ~
alhamdulillah
dapat juga berkenalan dengan seorang lagi blogger yang baru dikenali.
masyaAllah. mcm lama dah kenal masa jumpa tu ^^
semoga ketemu lagi, kak nad. insyaAllah.
Entah kenapa, rasanya saya dah jatuh cinta dengan pelajar2 IIUM. Mungkin kerana, jiwa mereka jiwa seni.
Semoga terus istiqomah ya ukhti.
ps: Sampaikan salam saya buat ukhti umairah shafei. Saya sangat suka tulisan2nya.
:)
matahary;
tidaklah lengkap jiwa seni mereka andai tiada pembaca yang membaca dengan jiwa seni, lantas memahami jiwa-jiwa seni itu.
*ayat redundant -.-"
insyaAllah akan disampaikan :)
saya pasti juga ukhti umairah kagum sama tulisan ukhti ary :)
semoga istiqomah lebih untuk ukhti
it would be great if we can meet up one day, inysyaAllah :)
InsyaAllah. Sama2 istiqomah. Syukran ukhti:)
salam alaik..
keep it up alyaa :-)
walaupun ia tetap sama dan sama.., ALLAH tidak pernah bosan mendengar right? ;)
salam kenal alyaa :-)
keep it up!
teruskan menulis, walaupun ia sama dan sama. ALLAH tak pernah bosan ..
wasalam, firas :)
salam ukhuwah
masyaAllah. student uia juga yea? we should meet up one day ^^
Allahu. Alhamdulillah. jazakillah kheir ukhti. doakan ana tetap istiqomah. teringin selalu menulis barang sedikit perkongsian buat pembaca. cumanya seperti belum cukup ilmu yang dikumpul untuk mencoret sesuatu. terlalu selalu ingin. rindu menulis T____T
insyaAllah. semoga Allah redha medium yang kita-kita pilih ini.
:')
Post a Comment