Sepasang Jubah Syurga

بسم الله الرحمن الرحيم



diawalnya aku teruja
ditengahnya aku tertawa
diakhirnya, aku tersedu

Sungguh
Man jadda wajada
siapa yang bersungguh-sungguh dia akan berjaya
ikhlas dalam setiap amal dan perbuatan

aku terbawa dalam penceritaan
betapa mereka mengagungkan ilmu Allah
semuanya tersalur daripada hati
yang suci dan ikhlas

sedang aku
menghadap kerja kursus pun
seperti tiada hati ingin disudahkan
semuanya tersalur dek keterpaksaan
kerana keputusan peperiksaan

musim peperiksaan disambut
seperti perayaan
poster tertempel di setiap sudut
Ma'an Najah; Semoga berjaya dalam ujian
susana yang cukup semarak
sehingga aku sendiri terbawa semangatnya
sahirul lail; stay up

Man thalabal 'ula sahiral layali.
Sesiapa yang ingin mendapatkan kemuliaan, maka bekerjalah sampai larut malam

perspektif terhadap ilmu
pusing 360 darjah
sepenuhnya
mungkin hanya dibenak hati dan fikiranku
tidak cukup memusingkan
dalam naluri ke'pelajar'anku
aduh, perit
bak membakar besi tanpa di lentur
marak, membara
namun tiada berubah
tegap seperti dulu


*****



"Ibuku meninggal waktu aku lahir dan ayahku meninggal sebab sakit semasa aku berumur empat tahun. Tinggal aku sendiri sebatang kara." katanya. Di hujung kelopak matanya aku menangkap kilau air yang siap luruh. Suaranya kini bergetar.
"aku hanya punya foto ini...



"Kalian tahu aku sudah habis-habisan mencuba menghafal al-Quran. Sudah selama ini aku baru hafal sepuluh juz, atau sekitar dua ribu ayat. Aku mahu semuanya, lebih daripada enam ribu ayat. Tahukah kalian, ada sebuah hadis yang mengajarkan, sekiranya seorang anak menghafal al-Quran, maka kedua-dua orang tuanya akan mendapat jubah kemuliaan di akhirat nanti. Keselamatan akhirat buat kedua-dua orang tuaku" Dia berhenti. Kilau tadi akhirnya luruh. Menyisakan jejak basah di pipinya.
"Hanya hafalan... hanya hafalan al-Quran inilah yang dapat aku beirkan buat membalas kebaikan mereka kepadaku. Aku mahu mereka punya jubah kemuliaan di hadapan Allah nanti"

Negeri 5 menara; Hlmn 434

*****

Sungguh
belum lagi sudah membaca
bagai panah menusuk isi perut

Benar
bila disentuh soal ibu ayah
lagi yang sudah dijemput Allah
aku sebak
mungkin, bukan aku ditempatnya
tapi aku punya situasi yang sama

tidak aku punya harta
cuma aku sebagai pertukaran
sebagai imbalan jasa

ingin sekali aku jadi bekal buat mereka
maaf tapi bukan kesenangan dunia
selagi kudrat empat kerat masih ada
inshaAllah aku ingin berbakti

terlalu tinggi cita-citaku untuk menjanjikan sepasang jubah syurga
apa cukup hanya tempat di syurga terjamin buatmu
ibu ayah?

Aku rindu kalian, sebenarnya :')


 Assalamualaikum w.b.t...

No comments: