ba'da asar

بسم الله الرحمن الرحيم

darurat hari ini paling tidak berjaya sekali
berbanding semalam
cuma, lebih bermakna

pagiku disapa murobbi yang kerinduan *ecey
berborak bertanya khabar dan perkembangan
permulaan indah

tiada banyak
dhuha terlepas, entah macam mana
once-upon-a-time dilayan 1 episode sambil makan tengah hari, 45 minit - melampau
qoilullah melayang, akibatnya beradu 2 jam sebelum asar #dang

selepas asar itu yang lebih bermakna
Kahfi disudahkan
tadabbur dilayankan


Dan Kitab-kitab Amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. Al-kahfi : 49



aku terdiam
Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar
melainkan semua dihitung-Nya
ini yang selalu manusia alpakan
tahu tapi pura-pura tak tahu
bila dibentangkan, pura-pura terkejut oh!

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya. Al-khfi : 54

nah lagi #zap
lumrah manusia, jika dikatakan salah, ada sahaja alasan untuk membenarkan cara. walau apa pun.
lalu, masih ingin membantah?
ingat, Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar
melainkan semua dihitung-Nya
jangan pura-pura terkejut 'nanti' ya?



*****
lepas asar tak elok study kata orang. 
1 perkara masuk, 10 perkara keluar. apa benar? -__-
lalu disini aku luangkan. ahah!

moga tak keluar apa-apa amin




No comments: