tergantung

بسم الله الرحمن الرحيم

sifat dan perangai selalu buat aku 'runtuh'. terlalu terikut, terjebak, dan lemah. kalah dengan persekitaran buat jiwa jadi lurus, muram, mendatar, kosong. kosong. semua hal jadi hilang 'ruh'. dan aku tahu waktu itu aku jauh dari Tuhan. kecintaan, kehangatan, semangat-- lebur. k.a.c.a.u.

rindu berkepuk. buku catatan tinggal helaian putih tak berdakwat. jiwa aksara rajuk. minda pagi tak tenang. dan aku, tenggelam dalam keluh menggunung.

fuh. fuh.

alam pra-bekerja buat jiwa memberontak. rindu waktu hidup dengan buku. walau sekarang masih tiada beza, aku rindu menjadi yang duduk memerhati berbanding berdiri mengajari. cuma rindu. masih bergelut dalam fasa perubahan. sebab terlalu leka dalam zon selesa.

...

--
sekadar memuaskan jiwa menulis
lambat-lambat jemari menari
praktis minda--
sebab aku sedang memikul tanggungjawab besar
tulisanku dulu dibaca
dan aku tak mahu semangat itu terus hilang

No comments: