akhir Disember

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

daripada sekecil angan
impian yang tak pernah aku julang tinggi
kerna aku hanya ingin menulis dan belajar
mengekspresi rasa hati;
memberi dan berkongsi

kadang, pada setiap aksara dalam coretan,
itu hanya luahan kata hati yang tak tersampaikan melalui bibir
kerana pada bait-bait aksara ini aku melahirkan--

--

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah

daripada sekecil usaha
sokongan dan dorongan akahwat
kami bangkit dengan sebuah zine
bukanlah sebuah buku,
hanya sebuah karya indie
atau bahasa pasarnya 'karya jalanan'

sokongan demi sokongan diterima
tawaran demi tawaran masuk
kami terkesima--
ini adalah rahmat dan ujian bagi yang mengerti

--

perlu lebih beramal daripada tulisan
ujian terhebat buat sorang yang menulis
sebab aku masih tidak layak digelar penulis

perlu diulang baca tiap hari
sebab manusia itu pelupa
agar setiap aksara aku tidak menuntut haknya nanti
bila aku lupa

--

seharusnya sudah mula ulangkaji tapi selalunya akan terbantutkan kerna ingin menulis
ah alasan!

No comments: