Alhamdulillah. berakhir minggu ke-dua semester ke-dua tahun ke-tiga sesi 2012/2013 IIUM Gombak.
pembaharuan? emmm... jaringan internet telah sampai ke bilik. hoyea! Alhamdulillah. tiada lagi alasan
'susah nak buat assignment takde internet connection ni'
atau
'tak dapat nak join kuliah online sebab takde internet'
ewah :D
*ehems. ada potensi update blog selalu tak?
insyaAllah selagi punya perkongsian bermanfaat untuk dipanjangkan. masih belajar untuk menulis dalam bentuk ayat kompleks disebabkan terlalu memanjakan minda membaca ayat-ayat ringkas dengan makna yang mendalam. oh, kompleks! lalu aku jadi kekok berdepan deretan perkatan. uisy!
--
6 subjek berdaftar termasuk photography skills bagi memberus minat yang terkadang tenggelam timbul. teringin punya hasil yang menepati cita rasa sendiri. biar lain sudut rasa, asal berpijak menggunakan kaki sendiri.
salah satu subjek (Ethics and Fiqh for Everyday Life) yang diambil menarik jiwa untuk kembali menulis pengisian. masyaAllah! belum pernah merasakan biah solehah dalam kelas-kelas yang dihadiri selama berada di IIUM. cukup sekadar seorang ustaz yang bijak menyantuni pelajarnya, aura tarbiyyah terus meresap dalam hati-hati kami. corak mengajar yang bersahaja diselitkan canda ringan pengubat kantuk.
"Ramai antara kita yang mengikuti sunnah Rasulullah namun masih melakukan dosa. begitu juga binatang, ada yang mengikuti sunnah Rasulullah. sepertinya kambing. masih menyimpan janggut namun tidak menutup aurat. jadi, adakah kamu seperti kambing?"
ustaz ada membahaskan perihal 'camel' dan 'rider'. kata ustaz, "camel is like our soul and we are the rider." setiap kita bertanggungjawab atas 'camel' sendiri kerana kita-lah yang menunggangnya. topik perbualan yang tak pernah lekang daripada bibir saat bertanya, walau dalam keadaan berseloroh sekalipun. tetap akan saling memperingati.
pengisian yang mudah dan membekas di jiwa. itulah tarbiyyah yang berkesan. salute, ustaz!
cerita ustaz lagi, dalam syurga tiada simbol seperti di bawah;
"ustaz, di syurga boleh merokok tak?"
"ustaz, kalau dah asal mintak makanan je dapat, ada tempat untuk buang air tak nanti?"
"ustaz, di syurga boleh tidur tak?"
"ustaz, di syurga letih tak?"
soalan-soalan yang kata ustaz, sering diajukan bila saja dibuka topik syurga dan neraka. kongsi ustaz, sedang arak yang ternyata haram tertulis dalam al-Quran pun, disebutkan sebagai halal ketika berada di syurga, apatah lagi rokok yang tidak langsung tersebut dalam al-Quran. apa saja. semua yang diminta, akan ada depan mata.
sistem perkumuhan penduduk di syurga adalah peluh yang wangi. lalu tidak perlu ke tandas untuk membuang air, kan? manakala perihal tidur dan letih, syurga adalah tempat untuk berehat bagi hamba-hambaNya. tiada lagi istilah letih setelah berpayahan di dunia. walhal, tidur hanyalah bagi menghilangkan lelah. kiraannya mudah. tiada lelah, lalu tiada keperluan untuk tidur.
MasyaAllah. berbahagialah wahai penghuni syurga!
satu hal lagi yang buat kami tersenyum panjang. kongsi ustaz, bilamana suami isteri di dunia bertemu semula di syurga, jangka masa untuk mereka mengakhirkan tenungan cinta selepas pertemuan itu memakan masa lebih daripada 40 tahun!
Subhanallah! betapa besarnya cinta yang Allah tebarkan buat penghuni syurga.
--
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
ya Rabbi, lapangkanlah hati kami
agar sentiasa terbuka minda
untuk mengenal Deen-Mu
dengan lebih rapat lagi
ameen!
--
ayat berantakkan!
sungguh, masih fail menulis pengisian yang panjang.
dahagakan ilmu. masih, culas mencari
p.s - buat yang masih belum mengambil subjek UNGS, saran saya, carilah Ustaz Latif. masyaAllah. basah pengisiannya. :')
No comments:
Post a Comment