Terkesan

بسم الله الرحمن الرحيم 


Sepertinya aku ingin meninggalkan dunia.
Meninggalkan keluarga.
Meninggalkan pelajaran.
Meninggalkan sahabat-sahabat.
Meninggalkan material dunia.
Hanya fokus kepada mencari cinta Allah.
yang hakiki.

Menjelajah jauh ke suatu tempat yang aku tidak tahu tempatnya.
Mencari mereka yang mampu menyentuh hatiku untuk benar2 berada dijalanNya.
Mencari taqwa itu.

Namun kebuntuan itu memakan diri.
Masakan tidak.
Impian sahaja menggunung namun usaha itu tiada.
Ralit dek mengangankan kesungguhan orang lain.
Mengangankan berada di tempat mereka.
Sedarkah kamu Allah jadikan kemanisan dan kepahitan hidup setiap hambaNya itu berbeza?
Bersyukur wahai manusia.
Tetapkanlah pandangan di jalanmu. Bukan mereka yang lain.
Atau andai ingin, jadikan ia titik tolak buatmu untuk berusaha juga.
Demi Allah. Bukan manusia, mahupun pujian.
Allahu Allah.

Sungguh aku ini tamak, egois, selfish mungkin?
Semuanya untuk diri sendiri.
Sedar atau tidak masyarakat kita makin tenat?
Dimanakah pewaris Sehebat Khalid al-Walid?
Sekental Sultan Muhammad Al-Fateh?
dan sahabat2 Rasulullah yang lain?
Jangan hanya biar masa yang menentukan andai tiada yang cuba untuk merubah.

Tanyalah hati. Tanyalah Iman.


___________________

perasaan yang sedang dahagakan tarbiyyah yang kian menghilang :'(


 Assalamualaikum w.b.t...

No comments: